What We Do

Keupayaan NSF Global

Operasi e-commerce
hujung-ke-hujung.

Dari pemilihan produk sehingga pengalaman pelanggan — lima fungsi inti yang membolehkan kami beroperasi sebagai syarikat consumer goods yang lengkap.

01

Sourcing & Procurement

Mengenal pasti pembekal antarabangsa yang menawarkan produk Home & Living berkualiti pada harga yang kompetitif. Setiap produk dinilai untuk kualiti, permintaan pasaran Malaysia, dan kesesuaian jangka panjang.

  • Penilaian pembekal global
  • Quality control sample sebelum bulk order
  • Pengurusan inventori dan stok
02

Multi-Channel Commerce

Operasi storefront aktif di tiga platform utama Malaysia — website rasmi NSF Global, TikTok Shop, dan Shopee. Setiap saluran diuruskan secara dedicated untuk memaksimumkan jangkauan kepada pelanggan.

  • Website e-commerce rasmi
  • TikTok Shop dengan live commerce
  • Shopee dengan voucher dan promosi platform
03

Content Studio (In-House)

Pasukan kreatif dalaman menghasilkan kandungan untuk semua saluran — fotografi produk, video demonstrasi, dan kandungan media sosial. Pendekatan in-house memastikan kawalan kualiti dan masa produksi yang konsisten.

  • Photoshoot produk
  • Video pendek untuk TikTok dan Reels
  • Kandungan kempen untuk Facebook dan Instagram
04

Fulfilment Operations

Pasukan packing dedicated memproses pesanan dalam 1-2 hari bekerja. Operasi hantaran dijalankan melalui rakan kongsi kurier yang dipercayai untuk memastikan pesanan sampai dalam keadaan baik di seluruh Malaysia.

  • Pemprosesan order dalam 1-2 hari bekerja
  • Packing yang teliti dan selamat
  • Tracking hantaran untuk pelanggan
05

Customer Service

Sokongan pelanggan responsif merentas pelbagai saluran komunikasi. Pasukan kami melayan pertanyaan pra-jualan, isu pesanan, dan permintaan selepas jualan dengan cara yang profesional.

  • WhatsApp untuk pertanyaan terus
  • Chat dalam Shopee dan TikTok Shop
  • Emel untuk pertanyaan formal