Tentang NSF Global

Syarikat consumer goods
untuk isi rumah Malaysia.

Sebuah syarikat berdaftar di Malaysia (No. 1457263-K) yang menjalankan operasi e-commerce pelbagai saluran sejak 2021 — memberi tumpuan kepada kategori Home & Living.

Cerita Kami

Bermula 2021 di Gombak

NSF Global Sdn Bhd didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada tahun 2021. Kami bermula sebagai sebuah operasi e-commerce kecil di Gombak, Selangor — dengan fokus jelas: produk Home & Living yang memberi nilai sebenar kepada pengguna Malaysia.

Hari ini kami menjalankan operasi storefront di tiga platform utama — website rasmi NSF Global, TikTok Shop, dan Shopee. Pendekatan pelbagai saluran ini memberi pelanggan kebebasan memilih platform yang paling sesuai dengan tabiat membeli-belah mereka.

Pasukan kami terdiri daripada anggota penuh masa yang mengusahakan sourcing produk, pengeluaran kandungan, operasi packing, dan khidmat pelanggan — semuanya dijalankan dalaman.

Nilai Operasi

Apa yang menjadi pegangan

Pilihan Terkurasi

Bukan semua produk masuk pilihan kami. Setiap item dinilai untuk kualiti, permintaan pasaran, dan kesesuaian untuk pengguna Malaysia.

Hantaran Boleh Dipercayai

Order biasanya diproses dalam 1-2 hari bekerja. Pasukan operasi dalaman memastikan produk dipek dengan teliti.

Khidmat Pelanggan

Pasukan khidmat pelanggan responsif melalui WhatsApp, chat marketplace, dan emel pada waktu pejabat.

Bagaimana Kami Beroperasi

Empat fungsi utama

Setiap fungsi diuruskan oleh pasukan dedicated yang bekerjasama di bawah satu organisasi.

Pengurusan

Strategi, pemilihan produk, dan koordinasi keseluruhan operasi.

Operasi & Packing

Pemprosesan order, kawalan stok, dan penghantaran ke seluruh Malaysia.

Kandungan & Multimedia

Photoshoot, video edit, dan kandungan untuk platform media sosial.

Khidmat Pelanggan

Sokongan pelanggan merentas WhatsApp dan chat marketplace.

Kepimpinan

Pengasas

NS

Nik Abd Sobur Bin Nik Abd Rahman Zaki

Chief Executive Officer · Pengasas

Mengasaskan NSF Global pada 2021 dengan visi membina sebuah operasi e-commerce yang sustainable, dengan tumpuan kepada kategori Home & Living untuk pasaran Malaysia.

Maklumat Korporat

Fakta syarikat

2021

Ditubuhkan

1457263-K

No. Pendaftaran SSM

Selangor

Pejabat di Gombak

Home & Living

Kategori utama